Program KIS di Sekolah Kebangsaan Kg Sawah Port Dickson

21 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

20 Ogos 2025 – Program Kempen Internet Selamat (KIS) telah diadakan di SK Kg. Sawah, Port Dickson dengan penyertaan 99 murid Tahun 4 hingga 6. Seramai lima petugas NADI Kluster Port Dickson terlibat bagi menjayakan program ini yang berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Antara pengisian utama ialah literasi digital, had umur media sosial, isu buli siber, bahaya pengantunan seksual, serta langkah keselamatan ketika melayari internet. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet yang selamat serta memberi kesedaran terhadap risiko dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali